Search Results for: orang hamil melahirkan

Luahan Hati Pelajar Tingkatan 4 Lakukan Seks Dengan 8 Lelaki

kenali  seks pasanganPengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Incoming search terms:

Anak Siapa Yang Paling Comel?|Gambar 8 Anak Selebriti 2014

anak4

anak4Tahun 2014 menyaksikan ramai selebriti yang mengumumkan berita kehamilan mereka seperti Didie Alias, Scha Al-Yahya dan yang terbaru Rozita Che’ Wan. Namun, ramai juga selebriti yang menyambut kelahiran cahayamata. Jom lihat senarai selebriti yang baru saja menimang cahaya mata sejak Januari lalu.

1. Rosma AF & Khai AF

Nama Anak: Nur Amani Damia

Tarikh Lahir: 4 Januari 2014

Pasangan ini hanya mengumumkan tentang berita gembira ini dua hari selepas Rosma selamat bersalin. Lahir sekitar jam 6.56 petang, Damia merupakan cahayamata kedua buat pasangan ini. Sebelum ini, Khai dan Rosma dianugerahkan seorang putera yang kini sudah mencecah usia 5 tahun bernama Muhammad Amzar Danish.

2. Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Nama Anak: Kayla Elayna

Tarikh Lahir: 3 Februari 2014

Lahir sekitar jam 2.55 petang, Kayla Elayna selamat dilahirkan secara normal dan sihat. Khairul Fahmy atau lebih dikenali sebagai Apex dan isterinya begitu terbuka berkongsi tentang anak sulung mereka. Malah pasangan ini turut membuat satu laman sosial Instagram khas untuk Kayla.

3. Syed Hussein & Nana Taib

Nama Anak: Sharifah Maryam Nour Alqudsy

Tarikh Lahir: 4 Februari 2014

Maryam merupakan anak ketiga buat pasangan ini. Menerusi laman sosial Instagram milik Nana, katanya dia berjuang selama 16 jam sebelum selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat. Tambah Nana, tarikh 4 Februari juga begitu istimewa kerana ia tarikh di mana pasangan ini bertunang 8 tahun lalu. Sebelum ini rumahtangga Sein dan Nana telah dimeriahkan dengan kehadiran Syed Taariq berusia 7 tahun dan Sharifah Inaiyah berusia 5 tahun. Pasangan ini juga pernah bercerai seketika, dan cinta mereka bertaut kembali.

4. Elliza AF & Khairul Adzwan Nasir

Nama Anak: Andhiqa Ellisya

Tarikh Lahir: 27 Mac 2014

Walaupun namanya kurang menyerlah dalam industri hiburan, namun berita kelahiran puteri sulung Elliza dan suaminya ternyata mendapat perhatian peminat. Elliza selamat melahirkan Andhiqa Ellisya sekitar jam 9.51 pagi dengan kaedah ceasarean. Khabarnya Elliza sudah dimasukkan ke wad sejak 26 Mac lalu dan berat anaknya ketika dilahirkan adalah 4.06 kilogram.

5. Farah Asyikin & Zahier Stanley

Nama Anak: Ebrahim Owais

Tarikh Lahir: 27 Mac 2014

Difahamkan Farah dan suami hanya membuat keputusan memilih nama anak 7 hari selepas kelahiran Owais. Farah selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan kerana anaknya terlalu besar untuk dilahirkan secara normal. Owais dilahirkan seberat 2.87 kilogram dan lahir sekitar jam 2.40 petang.

6. Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Nama Anak: Sarah Ashraf

Tarikh Lahir: 5 April 2014

Pasangan ini pernah mencetuskan kontroversi apabila Ashraf dan Sakinah berkahwin secara rahsia. Bagaimanapun, pasangan ini berjaya keluar daripada kemelut rumahtangga dan kini sudah pun dikurniakan seorang bayi perempuan. Sarah Ashraf ketika dilahirkan seberat 2.51 kilogram. Khabarnya, isteri pertama Ashraf, Dayana, turut menyambut baik kelahiran Sarah.

7. Aishah Sinclair & Sheikh Abdul Shahnaz

Nama Anak: Aina Elisabeth

Tarikh Lahir: 6 April 2014

Aishah tidak begitu banyak berkongsi tentang kehamilannya untuk kali kedua. Malah selepas Aina Elisabeth lahir, Aishah hanya berkongsi kegembiraan anak sulungya, Soraya Ann, menyambut kedatangan adik perempuannya. Menerusi laman sosial Instagram milik Aishah, adik kepada pelakon Ashraf Sinclair ini hanya menulis, “Akhirnya mereka (Soraya dan Aina) bertemu setelah 39 minggu dan 5 hari”.

8. Daus AF & Syaza Shamimi

Nama Anak: Delysha Senzela

Tarikh Lahir: 7 April 2014

Bekas pelajar Akademi Fantasia 8 ini baru saja dikurniakan puteri sulung di Bintulu Medical Centre. Dilahirkan seberat 3.41 kilogram, Daus dan isteri bersetuju menamakan anak mereka Delysha yang membawa maksud gembira dan Senzela yang bermaksud bunga dalam bahasa Arab.

 

Kredit foto : Akaun Instagram dan Facebook selebriti

Incoming search terms:

Petua Mudah Bersalin

bersalin2

bersalin2Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.

Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin hampir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri

Tanda Tanda Bersalin

tanda

tandaSekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Incoming search terms:

Kebaikan Coklat Ketika Mengandung

coklat

coklatCoklat bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak bahkan ada orang dewasa yang menggilai coklat. Mungkin bagi yang sedang berdiet, coklat tidak dibenarkan sama sekali dalam senarai menu mereka. Bagaimana pula jika si ibu hamil kemaruk makan coklat sepanjang kehamilannya? Adakah ia selamat?

Selain sedap dinikmati, rupanya ada kebaikan yang boleh diperoleh jika anda gemar makan coklat. Antaranya coklat dikatakan boleh mencegah kanser, meningkatkan ghairah seksual dan boleh membuatkan si pemakan berasa ceria dan bahagia. Coklat juga sangat digalakkan kepada ibu hamil atas seba-sebab berikut:

  1. Coklat pahit atau dark chocolate dikatakan mampu mencegah pra eklampsia semasa mengandung. Ia merupakan salah satu penyakit paling berbahaya dalam kalangan ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut. Wanita hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.
  1. Melancarkan pengaliran darah. Theobromine yang ada dalam koko membantu meluaskan pembuluh darah yang sekaligus melancarkan pengaliran darah ibu hamil.
  1. Membangkitkan rasa ceria. Kajian dijalankan oleh para saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.
  1. Mengandungi antioksidan. Kudapan manis ini kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan ibu.
  1. Mengelakkan penyakit jantung. Coklat pahit memiliki antioksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel.

Incoming search terms: