Search Results for: orang kena sambar petir

Rambut Bayi Statik Selepas Dilahirkan Ketika Ibunya Dipanah Petir

statik

statikIBU bapanya memanggilnya sebagai ‘si kecil Flash Gordon’ selepas berlaku keajaiban di mana bayi ini selamat dilahirkan dalam saat-saat cemas apabila ibunya dipanah petir, Julai lalu.

Berusia satu tahun, Kimberly Gordon terselamat daripada panahan kilat yang terkena ibunya semasa pesta bunga api sambutan Hari Kemerdekaan di New Mexico.

Tetapi sejak itu dia mempunyai rambut yang kekal statik.

Bapanya, Ian Gordon, memberitahu ABC News bahawa teman wanitanya, Kendra Villanueva, melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar seperti yang dijadualkan gara-gara teman wanitanya dipanah petir semasa hujan lebat.

Dipercayai petir telah terkena bahagian telinga Kimberly sebelum dilahirkan oleh Kendra.

Pasangan itu telah dikejarkan ke hospital University of New Mexico di mana Kendra telah melahirkan Kimberly dengan selamat.

Selepas setahun berlalu, Kimberly bagaimanapun masih mempunyai kerosakan saraf akibat panahan kilat.

Dia tidak boleh duduk, merangkak atau mencerna makanan dengan sempurna.

Doktor mengakui bahawa mereka tidak tahu bila dia akan mula berjalan dan bercakap serta tidak tahu mengapa rambutnya masih statik.

Tetapi, bagi Ian dan Kendra mereka sangat lega apabila bayi mereka terselamat dalam kejadian mengejutkan itu.

“Semua orang yang berkata adalah satu keajaiban apabila dia masih hidup,” kata Ian.

Juruteknik perubatan kecemasan yang merawat pasangan itu dilaporkan memberitahu mereka bahawa berdasarkan rekod, terdapat hanya 11 kejadian di mana wanita hamil disambar kilat.

Daripada 11 rekod itu, beliau berkata, hanya separuh daripada bayi yang terselamat.

Ian kini berharap berlaku keajaiban terhadap bayi ‘Flash Gordon’ kesayangannya agar dia dapat membesar dengan pantas, atau menyelamatkan alam semesta.

“Sekarang dia sudah mempunyai rambut superhero,” katanya.

Incoming search terms:

Pesawat MAS Ke Langkawi Di Sambar Petir

petir

petirSebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambar petir di bahagian enjin, tengah hari tadi.

Pihak MAS dalam kenyataan yang diemelkan mengesahkan kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan kerosakan berlaku.

Seorang penumpang mendakwa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.

ORANG RAMAI PANIK, LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DI PENUHI ASAP

Gambar Hiasan

KOTA BAHARU: Orang ramai dan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, kelam-kabut apabila sebahagian bangunan terminal lapangan terbang itu, dipenuhi asap yang keluar melalui lubang pendingin hawa.

Keadaan yang dikhuatiri akibat kebakaran itu menyebabkan pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan terminal itu kira-kira 30 minit bagi membolehkan pihak [Read more...]

Incoming search terms:

BURUH MAUT DI PANAH PETIR DI KOTA SAMARAHAN

KOTA SAMARAHAN: Suasana tenang di sebuah tapak pembinaan bertukar kecoh apabila seorang pekerja warga Indonesia maut apabila hampir keseluruhan badan terbakar akibat disambar petir, manakala rakannya parah dalam kejadian berhampiran kawasan perumahan Taman Merlin, Jalan Muara Tuang, di sini, petang semalam.

Mangsa, M Yakup M Salleh, 41, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Sarifudin Ishaqa, 31, parah selepas petir [Read more...]

Incoming search terms:

Penoreh getah maut disambar petir ketika berteduh dalam rumah rakit

Seorang penoreh getah maut disambar petir ketika berteduh daripada hujan di dalam rumah rakit berhampiran sangkar ikan milik bapa saudaranya di Kampung Batangan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Farizuddin Adnan, 27, bersama seorang sepupunya dilaporkan berlindung di rumah rakit tersebut setelah hujan lebat ketika mereka sedang melakukan kerja mengangkat pukat. Menurut [Read more...]