Search Results for: padusi tudung

Rahsia Che Ta Mudah Hamil Walau Lewat

che ta

che ta“Mahu anak cepat, kenalah lebihkan masa dengan suami. Itu yang saya buat. Syukur, Allah SWT makbulkan doa kami suami isteri,” kata Rozita Che Wan atau Che Ta menjawab rahsia dia mudah hamil pada usia 41 tahun.

Pelakon jelita ini berkata, suaminya Zain Saidin mahu menimang zuriat secepat mungkin dan kerana itu dia mengurangkan aktiviti seni sejurus berkahwin pada Disember lalu.

Dengan cara itu, dia dapat menumpukan perhatian terhadap suami dan kalau pun keluar bekerja tidak mengambil masa lama.

“Kebanyakan masa memang dengan Zain. Adalah juga berlakon sikit-sikit, tapi taklah sampai larut malam.

“Sempat juga pantau perniagaan Padusi Tudung dan syarikat produksi Padusi Pictures yang saya usahakan.

“Pendek kata, lepas berkahwin, saya banyak rehat dan elakkan kerja berat,” katanya yang kini bercuti di Paris, Perancis bersama Zain selama seminggu.

Kata Che Ta, mengamalkan pemakanan sihat mungkin turut membantu memudahkan kehamilan.

Incoming search terms:

Kejutan Che Ta|Punca Sebenar Che Ta Mahu Berhenti Dari Berlakon

che

che Aktres jelita, Rozita Che Wan memberitahu bahawa dia sudah penat berlakon dan mahu memperlahankan karier lakonanya kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan syarikat produksinya Padusi Picture Sdn Bhd yang baru ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi yang juga merupakan pengurusnya sendiri iaitu Afeeq Abd Wahab.

“Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan.

“Alhamdulillah, setakat ini kami telah menerbitkan sebuah program memasak iaitu “Resipi Memikat Suami” yang disiarkan di Astro Ria yang dikendalikan oleh Jihan Musa dan kami mendapat respons yang sangat baik daripada penonton.

“Program yang menampilkan pelbagai artis undangan di mana mereka akan memasak untuk makan malam buat pasangan mereka itu kini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6 petang,” katanya yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut memberitahu syarikat produksinya juga telah diberi peluang oleh pihak Astro untuk menerbitkan sebuah telefilem “Sayang Waklu” bersempenan dengan Hari Raya Aidilfitri ini

Incoming search terms:

ZAIN SAIDIN DAN ROZITA CHE WAN MEMADU KASIH BERSAMA ANAK ANAK DI GENTING HIGHLANDS?

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

“Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut [Read more...]

Incoming search terms:

ANUGERAH SKRIN 2011: ROZITA CHE WAN ‘ BAJET CUN’

Bosan, kaku, baca skrip, ‘control’ ayu, tak serasi dan bajet cun! Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan mengenai gaya pengacaraannya ketika mengendalikan Anugerah Skrin 2011, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Sebelum ini, ramai pihak yang mempersoalkan tentang keupayaan Rozita dalam mengacarakan anugerah berprestij ini. [Read more...]

Incoming search terms: