Search Results for: penerima bantuan rakyat 1 malaysia

Intipati Manifesto Barisan Nasional Dalam PRU 13

bn

bn

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* [Read more...]

Incoming search terms:

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 AKAN DI AGIH MULAI ESOK

100

 100Sebanyak RM498 juta peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan diagihkan mulai esok.

Ia diberikan terus kepada ibu bapa secara berperingkat sehingga 15 Februari depan.

Kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah RM540 juta, termasuk untuk [Read more...]

Incoming search terms:

PELAJAR IPT TIDAK LAYAK TERIMA BRIM 2.0

brim2

Pejabat Menteri Kewangan pada Isnin menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar diseluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

“Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta,” [Read more...]

Incoming search terms:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA[BRIM 2.0]|SYARAT PERMOHONAN BRIM 2.0

brim2

Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan [Read more...]

Incoming search terms:

GADIS JANTUNG MEKANIKAL, TAN HUI YEE MENINGGAL DUNIA DI USIA 19 TAHUN

DINO Bato Sam bua meratapi kematian anak kesayangannya, Tee Hui Yee di kediamannya di Batu Pahat, Johor semalam.

DINO Bato Sam bua meratapi kematian anak kesayangannya, Tee Hui Yee di kediamannya di Batu Pahat, Johor semalam.

 Selepas lima tahun menikmati kehidupan sebagai insan normal, Tee Hui Yee yang merupakan penerima organ jantung baharu menerusi satu pembedahan maraton pada 2007, meninggal dunia secara mengejut di kediaman ibu bapanya di Kampung Parit Besar di sini semalam.

Gadis berusia 19 tahun itu yang pernah menyentuh hati nurani rakyat Malaysia kerana terpaksa menyorong jantung mekanikalnya yang diletakkan di dalam beg untuk ke mana-mana, disahkan meninggal dunia di pangkuan bapanya, Tee Ah Soon pada pukul 10.02 pagi semalam.

Ibunya, Dina Bato Sam Bua, 51, berkata, anak kesayangannya itu mengadu sakit dada dan bahagian kiri tengkuknya selepas dia keluar makan bersama rakan-rakan di sebuah restoran hidangan kukus berhampiran kira-kira pukul 9 malam [Read more...]

Incoming search terms: