Search Results for: pengantin

Pengacara MHI, Fedtri Yahya sedih sebab isteri keguguran

 Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.

Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.

“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.

“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan [Read more...]

Incoming search terms:

Abby Abadi takut menangis sekiranya hadir ke Majlis Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Cute kan pic ni..adeii..kenangan sudah!!

Salam mesra dari Ellen..

Hari tu Ellen ada buat satu artikel yang Ellen ambil dari salah satu sumber media pasal cerita Abby tak nak hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya, Norman Hakim dengan Memey Suhaiza…kalo nak tau..sila klik SINI

 

Tapi pada hari ni..Ellen terbaca plak pada satu sumnber media lain kata benda yang berbeza plak..adeii..ni la kan Media ada macam2 cerita..macam2 gosip , yang tak betul jadi betul, yang betul jadi tak betul…so kita sebagai pembaca atau pendengar…ikut jer la…so better ambil pendekatan “tunggu dan lihat”…kan kan…

Okies..jum layan petikan dari My Metro pasal ni…ada jer..[yang penting ianya bukan tulisan Ellen..pinjam ja...hehhee]

“Saya masih tidak tahu sama ada saya perlu datang atau tidak ke majlis perkahwinan Norman dan Memey. Saya masih berbelah bagi untuk hadir kerana saya takut saya akan menangis dan merosakkan majlis mereka,” kata [Read more...]

Incoming search terms:

Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim : Abby Abadi sahkan tidak akan hadir ke majlis Resepsi persandingan tersebut

Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.

Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.

Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.

“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.

“Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.

[Read more...]

Incoming search terms:

PENGANTIN BARU…HEHEHHEHEHE

“Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya….”Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama….maka kamu harus kata …Kapal terbang ingin mendarat”. Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya…. “Nak….bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat… maka jawabnya… Lapangan terbang sudah sedia “. Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba… Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba….hatinya berdebar-debar….. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat” Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.” Si suami hampa….namun dalam hatinya berkata…”Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”
Tiba malam kedua “Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Malangnya si isteri masih tidak faham …. kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar…dalam hatinya berkata… “Berita apa pula ini….Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun… tak ada kena mengena dengan saya.” Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang ….janganlah baca surat khabar lagi….mari kita tidur ” Si suami hampa lagi…. tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”
Tiba malam ketiga ….Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat…lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!” Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku….membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.” Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata …kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata “Saya tidak jawab apa-apa… Si ibu berkata lagi….”Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama….sepatutnya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia…. sebagai tanda bersetuju ” Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”
Maka tiba malam keempat …..si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ….si isteri tertanya-tanya….bilakah gerangan si suami akan bertanya…. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi…. apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”, Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri….dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”””

Incoming search terms:

Simbolik perceraian di Jepun|Upacara perceraian Hiroki Terai

TERAI (kanan) memegang cincin perkahwinan pasangan Kenji (kiri) dan Keiko sebelum memulakan upacara memecahkannya dengan tukul.

 

SEPASANG suami isteri dengan pakaian yang cantik berdiri sebelah-menyebelah. Mereka dikelilingi puluhan tetamu yang merupakan kawan-kawan rapat pasangan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang mengenakan sut hitam dan boleh diibaratkan sebagai paderi menunjukkan isyarat untuk memulakan upacara penceraian.

Dengan kuasa yang dimilikinya, lelaki berkenaan kemudiannya mengarahkan pasangan suami isteri itu memecahkan cincin perkahwinan mereka dengan sebatang tukul.

Hiroki Terai yang bertindak sebagai perancang upacara penceraian di Tokyo yang juga pada majlis ketika itu berkata:

“Saya tak fikir konsep perceraian adalah satu perkara yang negatif. Daripada terus bertengkar sepanjang masa, adalah lebih baik mereka memutuskan saja perhubungan dan hidup secara berasingan.”

Untuk rekod, kadar perceraian di Tokyo semakin ketara sejak era 1960-an. Purata kes perceraian dikatakan melibatkan 70,000 pasangan setiap tahun. Namun pada tahun 2009, ia meningkat empat kali ganda iaitu seramai 253,000 pasangan yang bercerai.

Terai berpendapat, masyarakat Jepun kini menganggap status perkahwinan dan hubungan kekeluargaan lebih mendatangkan tekanan. Justeru, mereka kini mencari peluang untuk melaraskan semula kehidupan yang lebih menenangkan.

“Bayangkan sejak saya kecil, saya selalu ingin tahu mengapa orang tidak mengadakan upacara perceraian sedangkan kalau perkahwinan ada pula satu majlis khas untuk itu.

“Perceraian yang bersifat mesra adalah satu acara yang sangat saya idamkan. Jika saya bercerai, saya mahu sebuah majlis diadakan,” katanya bersahaja.

Terai sehingga kini memegang status bujang walaupun usianya sudah menginjak 31 tahun.

[Read more...]

Incoming search terms: