Search Results for: peserta astro konsert ke 3

Keputusan Penuh Ceria Popstar 2

masya

masyaPeserta berasal dari Kedah, Masya diumumkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar 2 yang disiarkan secara langsung dari Studio Perbadanan Kemajuan Filem (Finas), di sini, Jumaat.

Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah,14, membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian 3 hari 2 malam di atas Cruise tajaan Malaysian Harmony Tour and Travel, jam tangan Puma dan trofi.

Dalam konsert akhir itu, Masya yang juga anak didik kepada penyanyi Hazama membawa lagu Di Pintu Syurga pada pusingan pertama dan Teman Bintang pada pusingan kedua yang juga merupakan lagu baharu.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Iqbal, 15, dengan menyanyikan lagu Matahariku dan Bahagiamu Deritaku.
Dia membawa pulang wang tunai RM15,000, penginapan di Holiday Villa 3 hari 2 malam, jam tangan Puma dan trofi.

Sementara itu tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan JoMeGo dan Erissa dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000.

Acara ini dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Pada pertandingan akhir ini jumlah markah dikira 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.

Juri profesional terdiri daripada penyanyi dan pelakon Datuk AC Mizal, Johan (Raja Lawak) dan Aaron Aziz.

Malam kemuncak akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan Hafiz, Hazama, Akim dan Stacy.

Ceria Popstar 2 bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Astro Maya HD

Incoming search terms:

Konsert Mega Final Kilauan Emas 4, Siapa Bakal Bergelar Juara?

Ben merupakan antara peserta yang layak beraksi di pentas Mega Final Kilauan Emas musim keempat pada 11 Jun ini.
Ben merupakan antara peserta yang layak beraksi di pentas Mega Final Kilauan Emas musim keempat pada 11 Jun ini.

Ben merupakan antara peserta yang layak beraksi di pentas Mega Final Kilauan Emas musim keempat pada 11 Jun ini.

Pihak Astro membuat kejutan apabila tiga peserta iaitu Zain, Arip dan Ben diumumkan akan bertanding ke peringkat Mega Final, pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang bakal diadakan pada 11 Jun depan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Tiga peserta tersebut bakal bersaing untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi.

Terdahulu pengacara Raja Azura pada malam Rabu turut mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Nordin Yusof yang membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort dan langganan majalah Midi beserta trofi.

Manakala, Mohammad Nasiruddin atau Nas Menduduki tempat kelima dengan meraih wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah Midi dan trofi.
Sementara itu Anugerah Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus dimenangi oleh Nordin. Dia menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.

Manakala bagi kategori Peserta Teladan dimenangi oleh Raida yang membawa pulang hamper barangan Nestle.

Hadiah-hadiah berkenaan tidak termasuk hadiah iringin berupa wang tunai sumbangan Nestle.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Lima peserta akhir beraksi selepas lapan minggu bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut ke tempat Mega Final Kilauan Emas 4 minggu hadapan.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar pada segmen pertama iaitu lagu bebas dan sebuah lagu baharu.

Program akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Datuk Ramli Sarip, Firman, Farahwahida, Zamani (Slam), Ziana Zain, Nassier Wahab dan Rohana Jalil.

Sementara itu, konsert akhir yang berlangsung pada pukul 9.30 itu telah dicemari beberapa pergaduhan kecil di luar pintu utama apabila segelintir penonton yang hadir tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Bagaimanapun, mereka yang gagal memasuki dewan itu terpaksa menonton konsert akhir di layar lebar yang disediakan pihak Astro di perkarangan dewan tersebut.

Kilauan Emas 4 disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

Incoming search terms:

Kilauan Emas Musim Ke-4 Minggu Ketiga-Peserta Paling Senior, Wakgan Tersingkir

wakgan

wakganTamat sudah perjalanan peserta paling senior, Wakgan, 67 tahun di Kilauan Emas 4 (KE 4) selepas disingkirkan pada konsert minggu ketiga malam Rabu.

Wakgan, satu-satunya perserta dari Singapura ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih kepada para pengundi yang telah banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

“Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong saya dan sudi mengundi saya sehingga hari ini (Rabu). Kerana tanpa anda semua, tidak mungkin saya akan berada di sini,” katanya kepada Astro Gempak usai konsert KE 4 malam tadi.

Wakgan yang menyampaikan lagu Zakiah pada malam yang bertemakan Rock & Dangdut itu turut memberitahu minggu ini agak mencabar baginya.

“Sebenarnya tugasan minggu ini agak mencabar, tetapi tidak mengapa mungkin rezeki Wak sampai di sini sahaja,” ujarnya.

Kini tinggal 10 lagi peserta akan berentap untuk mara ke pusingan seterusnya dan siapa bakal bergelar juara?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan KE 4 setiap minggu!

Incoming search terms:

Kilauan Emas 4: Konsert Minggu Kedua|Leewah Dan Hayati Tersingkir

ke42

ke42Konsert kedua Kilauan Emas 4 (KE 4) menyaksikan dua peserta, Leewah dan Hayati memperolehi markah terendah dan terpaksa menamatkan perjalanan mereka di dalam pertandingan realiti itu.

Leewah yang menyanyikan lagu Bunga Berguguran dan Hayati dengan lagu Nazam Berkasih pada malam konsert bertemakan Runut Bunyi dan Irama Malaysia gagal menarik perhatian juri.

Hayati ketika ditemui selepas konsert KE 4 pada malam Rabu memberitahu kepada Astro Gempak pengalamannya bersama rakan-rakan terutama tenaga pengajar KE 4 tidak mungkin dilupakan.

“Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang berada di sini. Cikgu-cikgu banyak memberi tunjuk ajar dan jasa mereka tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Sementara itu, satu-satunya peserta berbangsa Tionghua, Leewah berkata penyertaannya di dalam KE 4 adalah disebabkan dorongan daripada suami.

“Saya berterima kasih kepada suami saya kerana dialah saya berada di KE 4. Dia juga telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya.

“Kepada yang telah mengundi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi sokongan kepada saya. Saya hargai setiap undi anda,” ujarnya.

Dengan penyingkiran Hayati dan Leewah 11 lagi peserta otai akan berentap untuk merebut gelaran juara KE 4.

Teruskan mengundi jika mahu peserta kegemaran anda terus bertahan hingga ke pusingan akhir nanti!

Anda hanya perlu menaip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.

11 finalis terbaik yang bakal berentap pada minggu seterusnya ialah lapan peserta lelaki iaitu WAKGAN (Abdul Ghanni Tahil, 67, Singapura), BEN (Benasil Kudong,65, Sabah), JOI (Jokepli Hamdi, 50, SARAWAK), NAS (Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, Selangor), ZAIN (Md Zain Ramli, 45 Selangor), NORDIN (Nordin Yusoff, 53, Kelantan), ARIP (Omar Sharif Mat Din, 42, Pahang) dan SILVA (Selvalingam A/L Munaisamy, 54, Melaka).

Manakala tinggal tiga lagi peserta wanita bakal merebut tempat ialah peserta perempuan iaitu AZIANA (Aziana Ab Kadir, 46, Kelantan), MAYA (Muhaiyah Harun, 55, Negeri Sembilan) dan RAIDA (Zuraidah Mohd Zain, 41, Kuala Lumpur).

Teruskan menonton KE 4 di Astro Prima (saluran 105) dan Mustika HD (saluran 135) pada setiap Rabu, 9.30 malam. Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.

Incoming search terms:

Senarai Finalis AF 2013|Azhael Gagal Ke Final

Azhael

AzhaelKejutan pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) apabila peserta duo daripada Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain).

Pengumuman itu dibuat oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaituNadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd [Read more...]

Incoming search terms: