banner

Search Results for: polis mati di tembak

Pemuda cuba samun polis mati di tembak

 Seorang pegawai kanan polis menembak mati seorang pemuda yang cuba menyamunnya bersama-sama lima lelaki lain di hadapan rumahnya di Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam tadi.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika pegawai polis berpangkat Superitendan dari [Read more...]

Polis Tembak Mati Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri

tembak2Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal hilang pertimbangan apabila menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.

Dalam kejadian pertama, anggota dari Pondok Polis Felda Chempelak dekat Labis, Segamat itu menembak isterinya, Norakmal Abd. Kadir, 26, yang bekerja sebagai kerani di rumah mereka di Labis menyebabkan wanita itu cedera parah dan mati.

Selepas itu, kira-kira pukul 7 malam, suspek pergi pula ke rumah bapa mertuanya, Abd. Kadir Md. Arif, 65, di Batu 17, [Read more...]

Incoming search terms:

BLOGGER MENGAMUK DI PUTRAJAYA DENGAN PEDANG SAMURAI MATI DI TEMBAK POLIS[GAMBAR]

SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya semalam sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis. Gambar kecil, Khalil Afandi dan Muhdalina.

SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya semalam sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis. Gambar kecil, Khalil Afandi dan Muhdalina.

 Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.

Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.

Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28, cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika [Read more...]

Incoming search terms:

SAMUN GUNA KERETA PERONDA POLIS SEBELUM MATI DI TEMBAK

curi guna kereta polis

KUANTAN – Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.

Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.

Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan [Read more...]

Incoming search terms:

POLIS MATI DITEMBAK RAKAN SETUGAS DI DEPAN PINTU GERBANG ISTANA ANAK BUKIT

Mohd sobri mohd sidek

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.