banner

Search Results for: produk rd kosmetik

Senarai 129 Produk Yang Mengandungi Bahan Terlarang/Bahan Beracun

bahan

bahan8Dibawah ini disenaraikan 129 produk yang telah dibatalkan pendaftaran / tidak berdaftar / tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.

Kesemua 129 produk ini terdiri dari produk kosmetik ( 17 ) , produk makanan dan minuman ( 71 ) dan produk tradisional ( 41 ) .

Untuk makluman senarai dibawah telah dikemas kini pada 20 mei 2014. Untuk mendapatkan maklumat terkini atau anda boleh membuat semakan senarai produk yang dicemari dengan bahan terlarang di laman web www.pharmacy.gov.my > Perkhidmatan > Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang.

bahan bahan2 bahan3 bahan4 bahan5 bahan6 bahan7
sumber: http://www.djkupang.com/

Incoming search terms:

Dua Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

derma

dermaKementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

“Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini,” kata kenyataan itu.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

Penjual diingatkan bahawa pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk-produk kosmetik. – BERNAMA

Incoming search terms:

Luahan Hati Adira Diperguna Pengeluar Kosmetik

adira

adiraPUNYA tona kulit putih melepak dan mulus, bohonglah kalau tiada yang cemburu dengan kecantikan yang dimiliki Adira.

Setiap kali tiada lain yang dikaitkan dengan penyanyi itu selain isu tona kulitnya yang ditanya dan dibualkan.

Barangkali sukar menjadi seorang Adira kerana sebagus mana pun bakatnya, soal tona kulit juga yang mahu dibicarakan orang seolah-olah tiada hal lain atau pencapaian lain yang wajar untuk dibanggakan sebagai seorang anak seni.

Entah kenapa isu tona kulitnya yang putih gebu itu seakan-akan sukar dialihkan daripada menjadi topik perbincangan sehingga kadangkala terfikir, sampai bila orang asyik nak bercerita dan mahu terus mencemburui kecantikan yang dia ada?

Biarpun berkali-kali menafikan tiada suntikan atau ubat-ubatan pemutih diamalkan, Adira tetap menerima tuduhan sebegitu yang akhirnya memualkan dirinya daripada terus menghadam apa jua pandangan sinis orang yang sentiasa klise berseronok membuat telahan sendiri.

Enggan terlalu mengambil pusing dengan pandangan orang bagaimanapun, ada satu hal lain yang lebih meraih perhatian anak kelahiran Ranau, Sabah ini dalam mengaitkan kelebihan kecantikan yang dimilikinya.

Mungkin pada awalnya dia bersikap tidak kisah dan berdiam diri namun semakin lama semakin keterlaluan dirasakan oleh Adira apabila ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap dirinya mempromosi dan mengaut keuntungan sewenang-wenang tanpa pengetahuannya.

Ini termasuk menggunakan nama atau gambar tanpa persetujuannya mahupun pihak pengurusan Astro sendiri mengenai sebarang perjanjian atau kontrak menjadi duta atau jurucakap produk tertentu.

Bukan satu, bukan dua, bahkan lebih dari jumlah itu yang menyaksikan pemilik produk kecantikan dan kosmetik mengguna pakai nama dan gambar Adira secara ‘haram’ atas tujuan mahu melariskan produk jualan mereka yang barangkali belum tentu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Merasakan dirinya teraniaya, Adira kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana bukan sahaja melibatkan nama baiknya tetapi paling dibimbangi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap pengguna produk-produk terbabit.

“Sudah tiba masanya untuk saya suarakan hal ini. Bukan soal saya sombong, angkuh tak mahu orang punya bisnes laris atau mahu memusnahkan periuk nasi orang lain.

“Tetapi saya lihat golongan ini melampau. Guna nama dan gambar saya, kadang-kadang gambar lain sanggup diubah suai seolah-olah saya pegang produk mereka dan katakan yang saya guna produk itu. Sedangkan perkara itu tidak benar.

“Kalau pengguna dapat rasai kelebihan dan kebaikan produk itu, Alhamdulillah. Peniaga bolehlah rasa selamat. Tapi macam mana pula kalau mendapat kesan buruk daripadanya? Mereka tak terus salahkan peniaga, mereka salahkan saya pula sebab kadang-kadang ada yang beli produk sebab percaya pada artis yang mempromosi produk tersebut.

“Saya bukan cakap kosong, hal ini pernah berlaku dan saya dipersalahkan. Itu yang saya bimbangkan,” kata pengasas produk Adira Beauty Signature ini.

Anak bongsu daripada lapan beradik ini bagaimanapun mengaku, hal yang telah empat tahun berleluasa sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan pada awalnya cuma dipandang ringan sehinggalah dia dinasihatkan oleh pihak pengurusannya supaya bertegas.

“Malah berdasarkan perbincangan bersama, mereka (pengurusan Astro) mahu mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak peniaga dan pemilik produk yang mengguna pakai nama dan gambar Adira sebagai pelaris secara haram.

“Macam-macam produk kecantikan, ada yang untuk memutihkan kulit, membesarkan payudara malah membesarkan punggung pun ada! Adakah logik perkara itu?

“Saya tak mahu pengguna percaya bulat-bulat apa yang dipromosikan sebab saya tak pernah pakai produk-produk itu. Saya cuma menjadi duta untuk NH Fibre Plus. Kalau betul nak saya jadi duta atau jurucakap, jumpa dan bincang hal ini dengan cara yang betul.

“Apabila mereka buat begitu, seolah-olah mereka tidak menghormati saya. Itu yang saya terkilan. Saya harap mereka hentikan perbuatan itu segera sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya dengan tegas.

Incoming search terms:

Kosmetik Online Beracun?

Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.

Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari.
Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas.

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.

“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.

PRODUK TERBARU SIMPLYSITI BOLEH MENGURANGKAN STRESS

Siti Nurhaliza bersama model demagic, Shazwin.

PETALING JAYA: Sebagai pengasas kosmetik yang peka dengan keperluan wanita, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cuba mengurangkan tekanan golongan itu menerusi produk terbaru daripada SimplySiti iaitu Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin.

Siti yang merupakan Presiden bagi produk tersebut berkata, keluaran terbaharu berkenaan terdiri daripada set penjagaan kulit yang pertama di Malaysia menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin.

Bahan-bahan itu boleh meningkatkan perasaan gembira kepada si pemakai.

“Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Plant Endorphin. Ia mampu membangkitkan rasa [Read more...]

Incoming search terms: