banner

Search Results for: ray dan hanif era

Jurukamera RTM, Mohd Hanif Ngiring meninggal dunia selepas koma seminggu

Gambar Hiasan

Seorang jurukamera RTM meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini semalam selepas berada dalam koma hampir seminggu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya 24 Ogos lalu.

Seorang jurucakap polis trafik Selangor ketika dihubungi semalam mengesahkan Mohd Hanif Ngiring, 29, mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian yang berlaku di sebuah kawasan di Subang.

“Allahyarham ketika kejadian sedang menunggang motosikalnya dan terbabas [Read more...]

Incoming search terms:

Kemalangan Ngeri : Ibu dan Anak tercampak keluar dari lori

Seorang ibu dan bayinya yang baru berusia setahun terbunuh selepas tercampak keluar dari lori dipandu suaminya selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 252.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Senawang hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku pukul 5.45 petang itu, mangsa, Dalila Hashim, 40, bersama anaknya, Che Najwan Hanif Che Rosdi, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Pemandu lori tersebut, Che Rosdi Ahamad, 33, turut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk rawatan lanjut.

[Read more...]

Incoming search terms:

Kejora dan Bintang

Tiba2 Ellen terasa best plak menonton Sinetron ni….hehe..Ellen ni tak layan sangat ngan movie2 bagai ni…tapi  sana sini plak orang cerita pasal Kejora dan Bintang ni…so Ellen try tengok …wah..best plak…ni nak layan gak ni…so ellen google lah cari sinopsis ..so tertarik ngan sinopsis yang dibuat oleh Ezany-kun.com so ellen ambil dan kongsikan di sini…untuk Ellen dan semua peminat sinetron ni..chewahhh!!
KEJORA(Alyssa Soebandono) (19) adalah gadis yang memiliki segalanya. cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora kuliah di Jepang. Pak RYAN(Mathias Muchus) ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal. Dan Kejora memiliki seorang adik perempuan, BINTANG(Amanda) (15 tahun) yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan menikah lagi dengan HANIFA(Cut Keke) seorang janda beranak satu bernama JANET(Eva Anindita).
Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di bandara, kopernya tertukar dengan koper ERLANGGA(Baim Wong), cucu keluarga Nenek GAUTAMA(Mieke Wijaya) yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala… Kejora tak tahu bahwa sebenarnya Erlangga adalah pacar Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara koper itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.
Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Perusahaannya di ambang kebangkrutan, tapi dia tutupin dari anak-anaknya.
Kejora sebenarnya sudah punya pacar yaitu JOEL(Rio Reifan) yg matre, Joel punya adik bernama FITRA(Lucky Perdana) yang diam-diam mengagumi Kejora.
Suatu hari, saat sedang mencari uang pinjaman, Pak Ryan malah dirampok orang. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya karena membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sadar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan uang asuransi yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bersitegang dengan Hanifa, sampai puncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.
Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.
Kejora berusaha menata hidupnya bersama dengan Bintang. Dia berhasil dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahwa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutupi kenyataan bahwa keluarganya sudah jatuh miskin, hingga dia menculik Bintang dan menaruhnya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya.
Kejora setengah mati berusaha menemukan adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.
Bestkan sinopsisnya…hehe….

Incoming search terms:

Final Super Spontan 2013: Jep Juara, Johan Tempat Kedua

jep

jep Seperti yang dijangka, pelawak Jep dari kumpulan Sepahtu telah menjuarai peringkat akhir Super Spontan 2013 yang berlangsung malam tadi dengan menewaskan Johan yang menduduki tempat kedua.

Kemenangan tersebut membolehkan Jep membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0 beserta trofi.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Nabil yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Yus, Rahim dan tauke pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani diiringi Pengurus Saluran Astro warna, Rostam Said.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan 2013 kali ini menyaksikan enam sketsa disediakan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah Skrip Rabak, finalis akan dibahagikan kepada tiga pasangan dan tiga artis jemputan tampil untuk permainan iaitu Azlan The Typewritter, Deqna AF5 dan Toi AF6 untuk membantu membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.

Permainan ketiga pula ialah Maju Mundur, tiga finalis diperlukan untuk melakonkan satu sketsa yang diberikan hos. Gerak geri mereka akan ditentukan oleh satu suara khas yang akan menyebut Maju untuk mereka teruskan sketsa atau Mundur untuk mereka ulangi semula sketsa yang dilakonkan tadi.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima Pilihan Lain, setiap finalis akan diberikan satu situasi untuk dilakonkan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan terakhir adalah Muzik Video Karaoke, finalis harus mengikut arahan dari pengarah iaitu Afdlin Shauki dan seorang penonton jemputan melakonkan satu gerak aksi. Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.

Super Spontan 2013 peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).

Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah pasangan Johara, Ray dan Haniff.

Incoming search terms:

Program Super Spontan 2013 – Pasukan Semut Sentap Menang Di Minggu Pertama

spontan

spontan Program Super Spontan 2013 bermula secara rasminya sebentar tadi dengan kemenangan minggu pertama berpihak kepada pasukan Semut Sentap.

Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salleh telah berjaya menewaskan kumpulan Ketam Konfius dengan undian SMS, sekali gus dihadiahkan wang tunai RM5000. Hadiah kemenangan itu kemudiannya diserahkan kepada badan kebajikan terpilih.

Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu pula gagal memikat pengundi pada minggu ini dan terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan pada minggu hadapan. Ketam Konfius diuruskan oleh Razif Ismail.

Super Spontan 2013 kembali untuk musim kedua dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Ray dan Haniff.

Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Seperti musim lalu, lima pusingan permainan telah dijalankan untuk minggu ini untuk menguji kebijaksanaan para peserta. Pusingan pertama ialah Penterjemahan yang memerlukan peserta menterjemahkan bahasa makhluk asing.

Permainan kedua pula ialah Keluar Masuk. Empat peserta akan diberikan perkataan yang mewakili diri mereka, seterusnya mereka akan diberikan satu situasi dan apabila perkataan yang diwakili mereka disebut, mereka harus keluar atau masuk kembali ke dalam gelanggang.

Permainan ketiga ialah Beku dan peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain.

Permaian keempat dinamakan Dialog Dalam Tin, dua orang dari setiap kumpulan akan diberikan lima dialog yang tertulis di atas kertas dan berdasarkan situasi yang diberikan, mereka harus mengucapkan dialog itu ketika melakonkan sketsa.

Pusingan terakhir dinamakan Demonstrasi dan seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu demonstrasi sambil dibantu peserta ketiga.

Minggu pertama Super Spontan 2013 terus padat dengan aksi lucu dan berjaya menarik perhatian dengan telatah para pesertanya sehingga ramai tidak kering gusi melihat aksi mereka melakukan setiap tugas dengan spontan.

Teruskan menonton Super Spontan 2013 di minggu kedua pada minggu hadapan untuk melihat aksi mereka yang seterusnya.

Incoming search terms: