Search Results for: sardin sambal kalori

Kalori dalam Makanan

Berapa banyak kalori yang kita perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang kita lakukan, umur dan jantina . Jika kita bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya, kita ni perlukan mengambil makanan yang banyak kalori. Sekiranya perkerjaan kita memerlukan pengunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru maka pengambilan kalori agak kurang.  Pabila dalam kehidupan harian atau pekerjaan kita tak perlu gerak banyak dan sering duduk saja seperti keraj kerani, kita perlu pengambilan kalori yang sedikit sahaja.
Bagi memudahkan kita mengira berapa banyak kalori yang diperlukan / gunakan, sila rujuk jadual di bawah.

Kategori Umur Keperluan Kalori
Dalam Sehari
Kanak-kanak Lelaki 7-9 tahun 1780
10-12 tahun 2180
Kanak-kanak Perempuan 7-9 tahun 1590
10-12 tahun 1990
Remaja Lelaki 13-15 tahun 2690
16-18 tahun 2840
Remaja Perempuan 13-15 tahun 2180
16-18 tahun 2050
Lelaki Dewasa 19-29 tahun 2440
30-59 Tahun 2460
Lebih 60 Tahun 2010
Perempuan Dewasa 19-29 tahun 2000
30-59 Tahun 2180
Lebih 60 Tahun 1780
Ibu Mengandung 3 Bualan Pertama +0
4-6 Bulan +360
7-9 Bulan +470
Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi 6 Bulan Pertama +500
Selepas 6 Bulan Keperluan tenaga bergantung kepada jumlah susu ibu yang dihasilkan
Jadual : Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari mengikut Jantina dan Usia

Bagi jumlah kalori yang dicadangkan, anggaran tersebut tidak dicampur dengan aktiviti fizikan harian kita. Ia merupakan anggaran bagi individu normal. Jika kita ni seorang yang aktif, jumlah kalori yang diperlukan mungkin akan bertambah. Sebaliknya, jika kita tidak aktif, penggunaan kalori akan berkurangan.
Bagi ibu yang sedang mengandung, jumlah kalori tersebut perlu dijumlahkan bersama. Sebagai contoh, seorang ibu yang berumur 26 tahun sedang mengandung 4 bulan. Anggaran jumlah kalori yang diperlukan adalah 2,360 kcal. Ini adalah berdasarkan kepada 2,000 kcal (Perempuan dewasa 19-29 tahun) ditambah 360 kcal (Ibu mengandung 4-6 bulan).
Ianya sama juga bagi ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang menyusukan bayi selepas 6 bulan, jumlah kalori yang diperlukan hendaklah ditambah (500 kcal atau kurang) berdasarkan jumlah susu ibu yang dihasilkan.
Selain daripada jadual di atas, korang juga boleh mengetahui sendiri anggaran kalori harian yang diperlukan melalui laman web aCalorieCalculator. Kaedah pengiraan kalori yang terdapat pada laman web tersebut mungkin lebih tepat lagi jika dibandingkan jadual di atas. (kredit to : www.sihatcyber.com)

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kredit to : Kelab diet