Search Results for: seks in jb

UNDANG UNDANG KAHWIN SEJENIS DI MALAYSIA?WUJUDKAH?

KUALA LUMPUR — Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Dalam mengekang perlakuan sedemikian, katanya, beberapa perundangan digubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari ‘ibu ayam’ atau ‘bapa ayam’).

Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan), Seksyen [Read more...]

Incoming search terms:

25 FAKTA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU MENGENAI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Sempena penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke -25 pada tahun ini,Disenaraikan 25 fakta menarik tentang anugerah pilihan pembaca akhbar ini. pasti  ada di antara fakta ini tidak diketahui oleh anda. Jadi, tunggu apa lagi? Jom! Semak fakta-fakta berikut:-

1) Edisi pertama anugerah ini dikenali  sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87). Ketika itu Nescafe Classic  menjadi penaja utama dan acara itu langsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam 1 Disember 1987.

2) Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Francissca Peter (246,838 undi).

3) Pada peringkat awal tujuh kategori diperkenalkan; Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Pembantu [Read more...]

Incoming search terms:

PENUNGGANG MOTOR ALA SUPERMAN DIPERINTAH KERJA KHIDMAT MASYARAKAT SELAMA 200 JAM

Gambar Hiasan

Seorang pelajar yang menunggang motosikal “ala Superman” diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 200 jam.

Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu terhadap Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur pada 3.40 pagi, 17 Mac lepas.

Suzarika turut memerintahkan Muhammad Hafiz yang juga pelajar sebuah pusat latihan itu melakukan kerja [Read more...]

Incoming search terms:

GADIS 15 TAHUN DICULIK SEMASA BELI TOP UP HANDPHONE

KUANTAN: Seorang suri rumah kini berada dalam keadaan tertekan apabila anak gadisnya Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, hilang sejak tengah hari Ahad dipercayai diculik tiga individu dalam kejadian di Taman Tas dekat sini.

Nor Mala Mohd Lazin, 34, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

“Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” katanya kepada [Read more...]

Incoming search terms:

BENARKAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI BOCORKAN MAKLUMAT PENGGUNA?

Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan artikel

KUALA LUMPUR: Tiada bukti menunjukkan syarikat telekomunikasi membocorkan nombor telefon bimbit pengguna kepada pihak penyedia kandungan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin. Bagaimanapun kerajaan tidak menolak kemungkinan ada wakil pengedar atau orang dalaman syarikat telekomunikasi yang membocorkan maklumat pengguna kepada penyedia kandungan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

“Memang ramai yang sangkakan nombor-nombor yang dihantar SMS perniagaan seperti ini diperoleh daripada syarikat [Read more...]

Incoming search terms: