banner

Search Results for: senarai lagu terhangat di hot fm

SENARAI FINALIS[TOP 5] ABPBH 2012

abph

abphBertempat di Holiday Villa, Subang telah berlangsungnya pengumuman rasmi calon akhir Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012. Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Abdul Razak mendahului finalis lain dengan lapan pencalonan termasuk lima dari Kategori Online. Zizan sekali lagi tercalon dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang dimenanginya tahun lepas. Selain itu, beliau akan bersaing bersama Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular bersama-sama Adi Putra, Shaheizy Sam dan juga Bront Palarae.

Untuk kategori wanita pula, Neelofa unggul dengan tiga pencalonan termasuklah kategori Pengacara TV Wanita Popular. Mampukah bintang ‘Azura 2012′ ini menamatkan penguasaan rakan seperjuangan beliau dalam rancangan Nona iaitu Fara Fauzana yang sudah lama menguasai anugerah ini? Neelofa turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam masa yang sama ABPBH 2012 juga menyaksikan kemunculan beberapa nama baru dalam kategori yang agak sengit. Umpamanya, Jihan Raja Lawak tersenarai bersama-sama artis senior yang lain seperti [Read more...]

Incoming search terms: