Search Results for: skim bantuan 500

PROGRAM TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA[TR1MA]|PEMANDU TEKSI TERIMA BAUCAR TAYAR

Sebahagian pemandu teksi memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucar tayar bernilai RM520 untuk mereka dalam perhimpunan di pekarangan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun – Seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Mengumumkan demikian ketika himpunan terbesar pemandu teksi di Bukit Jalil di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun.

Menurut beliau, langkah itu dibuat sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan [Read more...]

Incoming search terms:

BORANG PERMOHONAN BR1M FOTOSTAT BOLEH DITERIMA OLEH LHDN-AHMAD HUSNI

Jum baca entry sebelum ini mengenai borang BR1M yang tidak boleh di Fotostat

LHDN TIDAK TERIMA BORANG FOTOSTAT BR1M

dan Artikel di bawah ini ialah penjelasan dari Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. 

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

“Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,” katanya [Read more...]

Incoming search terms:

LHDN TIDAK TERIMA BORANG FOTOSTAT BR1M

 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan untuk mendapatkan bantuan RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pemohon perlu terlebih dulu mempastikan borang [Read more...]

Incoming search terms:

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2011

 Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

 Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh [Read more...]

Incoming search terms:

Guru Guru yang banyak hutang boleh menarik nafas lega

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menawarkan skim pinjaman mudah kepada kira-kira 500,000 tenaga pengajar dan kakitangan sokongan seluruh negara bagi melupus pelbagai hutang bank termasuk mereka yang disenarai hitam.

Yayasan itu, yang dilancarkan dua bulan lalu, juga sedia menawarkan kemudahan itu kepada pendidik yang terbabit dengan pinjaman syarikat tidak berdaftar bagi menjamin keselamatan mereka daripada ancaman penagih hutang atau ‘along’.
Pada masa ini, YGMB, dengan keahlian seramai 129,124 termasuk 77,000 ahli seumur hidup, mempunyai aset dan simpanan bernilai RM45 juta, dan kempen menambah keahlian giat dijalankan melalui pengedaran risalah di sekolah, jabatan pelajaran, laman sesawang, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga siaran media.

Berikutan itu YGBM sedang memperkasa kempen menambah bilangan keahlian di seluruh negara bagi memudahkannya menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk dinikmati 400,000 tenaga pengajar dan 100,000 tenaga sokongan, di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya akan segera bertemu dengan 27 pertubuhan pendidik termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bagi mendaftarkan mereka dalam YGMB sekali gus membincangkan isu kebajikan tenaga pengajar.

Katanya, kajian mendapati ramai pendidik terutama di kawasan bandar dibebani hutang dan segelintir mereka terpaksa berurusan dengan ‘along’ bagi menyelesaikan masalah kewangan masing-masing.
Alimuddin berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai tenaga pengajar meminta ditukarkan ke negeri lain semata-mata mahu melarikan diri daripada cengkaman peminjam wang tidak berdaftar yang menuntut hutang, sehingga mengancam keselamatan keluarga mereka.

Beliau berkata, YGMB menyediakan skim pinjaman mudah berjumlah RM30,000 bagi membolehkan pendidik menyelesaikan semua atau sebahagian hutang peribadi dan kad kredit .

“Bagi menikmati kemudahan ini, mereka (tenaga pengajar dan kakitangan sokongan terbabit) perlu mendaftar dengan YGMB dan membayar yuran bulanan RM10 atau tahunan RM120 menerusi skim potongan gaji,” katanya pada sidang media selepas taklimat dengan kira-kira 100 pengetua sekolah dan pentadbir Jabatan Pelajaran Selangor, di sini, semalam.

Alimuddin berkata, selain kemudahan pinjaman peribadi bagi melupus hutang, YGMB juga menyediakan beberapa kemudahan lain antaranya pinjaman membeli hartanah, menunaikan umrah dan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Katanya, semua ahli yayasan itu juga menikmati beberapa kemudahan asas seperti khairat kematian, derma siswa pelajaran, bantuan kemalangan dan bencana alam.

“Yayasan mensasarkan seramai 100,000 ahli baru menjelang akhir tahun ini bagi memperkasa pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan Koperasi YGMB termasuk di sektor pertanian dan perumahan,” katanya.

Kepada guru2 yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut bolehlah ke http://ygmb.com.my/

Incoming search terms: