Search Results for: suami khatijah tan

Lintah Masuk Kemaluan Anak Mangsa Banjir

LINTAH

LINTAH “Suami terkejut apabila mendapati seekor lintah sebesar ibu jari ‘bergayut’ pada kemaluan anak dan segera membuangnya,” kata Siti Mazura Che Kob, 31, ibu Muhammad Luqman Haziq Kamal, 2, dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, yang kemaluannya digigit lintah ketika bermain banjir di kampung berkenaan, kelmarin.

Muhammad Luqman yang bermain air banjir menggunakan pelampung bersama abang dan sepupunya digigit lintah pada jam 9 pagi.

Siti Mazura berkata, bimbang darah tidak berhenti selepas setengah jam, dia dan suami, Kamal Jusoh, 40, segera membawa Muhammad Luqman ke Hospital Pasir Mas, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, semalam (kelmarin).

“Dalam tempoh lima jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu lima kali kerana darah masih keluar.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih,” katanya, semalam.

Pada hari sama, seorang lagi kanak-kanak perempuan, Yusrina Yusri, 5, dari kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, duburnya dimasuki ketika bermain banjir pada jam 9 pagi.

Ibunya, Siti Khatijah Che Ibrahim, 27, berkata, anaknya bermain banjir dengan seorang lagi anaknya, Yusri Aiman, 2, sebelum tiba-tiba menjerit memanggilnya memberitahu sakit dubur.

Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.

“Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk dalam dubur anak.

“Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar.

Anak saya dirujuk ke HRPZ II dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya,” katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Incoming search terms:

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2013

anugerah skrin

anugerah skrin Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini pada malam Jumaat.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.

Drama tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.

Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat.

Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .

Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.

ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Grand Brilliance berjudul KILarahan Nik Amir Mustapha yang dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Redza Minhat.

Nik Amir turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem dan anugerah Lakon Layar Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Cristina dalam KIL telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM

Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filemSonglap.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2013 pada tahun ini mengangkat tema ‘Kaca’ dan siaran langsung itu dihoskan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahim.

Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.

Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.

Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013.

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK

Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA

Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA

Datin Umie Aida – Aku Bukan Malaikat

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA

Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA

Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK

Erma Fatima – Aku Bukan Malaikat

7. ARTIS HARAPAN PANTENE

Shasha Al Khred – Kawan

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK

Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK

Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK

KIL – Grand Brilliance

11. PENGARAH TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustapha – KIL

12. PELAKON WANITA TERBAIK

Cristina Suzanne – KIL

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam – SAM

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

Miera Liyana – Pecah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

Khir Rahma – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK

Bella (Ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK

Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK

Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK

Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

Incoming search terms:

SINOPSIS DRAMA DEBUNGA LALANG

DEBUNGA LALANG

DEBUNGA LALANGPELAKON dan pengarah, Azma Aizal Yusoof atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Isma Yusoof mengatakan bahawa drama terbaru arahannya iaitu Debunga Lalang pasti akan mengundang tangis mereka yang menontonnya.

Drama yang telah mula bersiaran pada 2 Januari lalu melalui slot Azalea di TV3 menampilkan barisan artis popular antaranya Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Ungku Ismail dan juga Delimawati.

Menurut Azma, drama ini mengisahkan bagaimana sebuah keluarga [Read more...]

Incoming search terms:

10 ANAK KEBULUR DI RUMAH, IBU GUNA WANG BANTUAN JKM UNTUK BERSOLEK

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang kerap bertukar kerja termasuk menjadi pelayan di pusat karaoke di daerah ini tergamak membiarkan 10 anak kebuluran sedangkan dia menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli alat solek.

Wanita yang kematian suami pada Februari 2011 akibat batuk kering itu galak bekerja dan sering pulang lewat pagi menyebabkan anaknya terabai.

Mendedahkan perkara itu, ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 49, berkata, selepas kematian [Read more...]

Incoming search terms:

LATIF IBRAHIM TERINGIN NAK BALIK SEBELUM MENINGGAL DUNIA

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia “teringan hendak balik”.

Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

“Di beritahu saya dia teringin nak balik. Pada masa itu saya tak tahu dia nak balik mana? Tak sangka pula dia rupa-rupanya hendak meninggalkan kita buat selama-lamanya,” kata Masriah kepada wartawan ketika di temui di rumahnya di [Read more...]

Incoming search terms: