Search Results for: tema pelamin perkahwinan

KISAH PERKAHWINAN 24 SELEBRITI DI TAHUN 2012

kahwin artis

kahwin artisTahun 2012 disifatkan sebagai tahun perkahwinan buat kalangan selebriti tempatan. Apa tidaknya, sebanyak 24 majlis perkahwinan melibatkan selebriti terkenal tempatan telah dilangsungkan sepanjang tahun ini.

Menariknya, ada di antara selebriti ini yang memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidup dari kalangan orang biasa dan ada pula yang senang memilik rakan selebriti sebagai sebagai teman hidup mereka.

Walaupun 2012 cuma berbaki kurang seminggu sahaja lagi, namun masih ada majlis perkahwinan selebriti yang belum dilangsungkan iaitu penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat yang memilih model jelita, Nor Leuniey Natasha sebagai isterinya selepas pelbagai kontroversi membabitkan jejaka tersebut hangat diperkatakan sebelum ini.

Apapun, portal Murai ingin membawa anda menyorot kisah perkahwinan selebriti tempatan kita sepanjang 2012 dan anda mungkin dapat menilaikan sendiri perkahwinan siapa yang paling grand, perkahwinan siapa yang paling simple dan perkahwinan siapa yang paling mengundang kontroversi.

Ash & Sherry Merlis

Membuka tirai 2012, Sherry Merlis dan Ash daripada kumpulan Gabba Gabba telah melangsungkan pernikahan pada 1 Januari 2012. Tanpa sebarang gosip atau cerita panas mengenai kedua-duanya di media, perkahwinan mereka juga telah diadakan dalam suasana yang sederhana. Mereka difahamkan hanya bercinta selama enam bulan [Read more...]

Incoming search terms:

LISA SURIHANI KHATAM AL-QURAN, BERINAI DAN MANDI BUNGA SEBELUM NAIK PELAMIN

PETALING JAYA: Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim pada 23 Februari ini.

Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinan tersebut.

“Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti [Read more...]

Incoming search terms:

KISAH PERKAHWINAN ALA MUSIM LURUH EZLYNN DAN ADAM FAHMY[GAMBAR]

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2012: Bagaikan melangkah ke dalam suasana musim luruh negara Mediterranean, majlis resepsi penyanyi popular Ezlynn atau Azline Ariffin,30 dan pasangannya Adam Fahmy Shamsudin,35 yang telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutaiara di sini malam tadi diraikan dengan penuh warna-warni.

Pasangan mempelai telah tampil dengan dua pasang persalinan berteraskan ala musim luruh di negara Sepanyol dan diperhebatkan dengan gemerlapan butiran mutiara tajaan Rafflesia Pearl Centre yang telah menghiasi susuk tubuh mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jika Ezlynn tampak menggoda dengan gaun emas singkat daripada gabungan tiga pereka fesyen wanita iaitu Nurliza [Read more...]

Incoming search terms:

5 PERKAHWINAN ARTIS – “WEDDING OF THE YEAR” 2011

“Wedding of the Year”  bukanlah hanya majlis yang hebat dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit, tetapi ia juga sebuah majlis yang mungkin biasa tetapi gah pada aspek memperkenalkan budaya Melayu dan nampak manis pada mata peminat. Berikut merupakan lima perkahwinan yang paling meriah serta menjadi bualan ramai sepanjang tahun ini.

1. Norman Hakim & Memey Suhaiza

Pasangan kontroversi ini boleh dikatakan bertuah kerana hari bersejarah mereka telah ditaja sebanyak RM12 juta! Walaupun ramai yang mengutuk majlis bertemakan ‘New York’ ini, namun pasangan ini tidak kisah kerana menganggap itu rezeki mereka.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. [Read more...]

Incoming search terms:

PERKAHWINAN EZLYNN DAN PENGURUSNYA, ADAM FAHMY SHAMSUDIN PADA 20.11.2011

Ezlynn Dilamar Pengurus Dengan Sebentuk Cincin JadeBukan mahu berahsia ataupun berdolak dalih, namun penyanyi Ezlynn,30 mempunyai alasan tersendiri mengapa akhirnya dia mengaku untuk mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin,35 kepada masyarakat umum.

Ketika majlis resepsi pasangan kontroversi Norman Hakim dan Memey Suhaiza baru-baru ini, Ezlynn bersyukur kerana perkenalan selama lebih enam tahun dengan jejaka berkenaan berakhir di jinjang pelamin.

“Semuanya berlaku secara tidak diduga. Ketika itu kami sama-sama pergi bercuti ke Phi Phi Island, Thailand hujung tahun [Read more...]

Incoming search terms: