banner

Search Results for: www moe gov my

Kad Pengenalan [MyKad] Rosak, boleh diperbaharui secara online

Orang ramai yang mempunyai kad pengenalan rosak kini boleh memperbaharuinya secara dalam talian (www.jpn.gov.my) apabila perkhidmatan itu mula beroperasi sepenuhnya awal bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said berkata, serahan MyKad yang boleh diambil di mana-mana cawangan di seluruh negara melalui sistem itu dijangka siap selewat-lewatnya dua minggu dari tempoh permohonan kecuali sehari jika ia dibuat di Putrajaya.

“Selain kerosakan pada cip kad pengenalan, permohonan gantian melalui sistem ini juga terbuka kepada mana-mana [Read more...]

Incoming search terms:

Google Site link blog mummynemo.com|Bagaimana cara mendapatkan google site Link

Site link blog mummynemo.comSalam mesra…

Ellen nak kongsikan sedikit kegembiraan Ellen pasal blog ni…bolehkan..hahhaa…Semasa Ellen masih Blogspot..Ellen pun pernah ja dapat site Linking ni tapi jap ja.huhu…lama gak tunggu sampai dapat semula ni…kali ni bukan setakat 3 sitelinks yang diberi seperti dulu tapi kali ni 8..adeii…hehe..Pa yang penting kat sitelink tu ada…kawan 2 Ellen ler..so harap2 ada sesuatu juga yang ellen berikan pada kawan2 yang jadi kawan2 Ellen ni…[ada yang berminat] sila inform ellen ya..hehe

Hehehe..ramai ja kawan2 blogger yang dah ada sitelinknya..macam Suarabawahtanah.com, cikmin.com, Rafinamimi.com, Faizalfredley.com…maybe ellen ni baru ja hari ni..hahha..adeii..

Ekk..mesti ada yang muak ngan entry show off ni kan..hahaha…dan..mesti ada tanya apa benda sitelinking ni…ok ok..mai Ellen kongsikan bersama….ni semua Ellen ambil dari blog kawan baik Ellen…hahhaa..http://ciktom.com.

Google site link telah diperkenalkan semenjak tahun 2007 lagi tapi kurang dikenali berbanding dengan Google Pagerank. Sitelink ini bermaksud sub-halaman jika ditranslatekan kepada bahasa melayu. Definisi bagi sitelinks ialah sekumpulan link yang memudah pengguna untuk mencari maklumat yang jika informasi tersebut masuk melalui keyword yang sensitif terhadap blog kita.
Kelebihan Google Site Link

Apabila kita mencari sesuatu di Google dan senarai bawah memiliki sitelink disenaraikan untuk web tersebut. Google telah menunjukkan bahawa Sitelinks dipaparkan hanya jika algoritma mereka boleh menentukan laman kita akan memenuhi syarat untuk Sitelinks. Dan penting untuk dicatat bahawa Google [Read more...]

Incoming search terms:

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2014/2015 Secara Online

matriks
matrikulasiBahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan senarai pemohon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mulai Pagi ini.

Keputusan berkenaan adalah bagi pelajar SPM 2013 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober tahun lalu.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my.

Bagi pemohon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Tarikh pendaftaran sesi berkenaan ialah seperti berikut:

* 19 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perlis
* 25 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Sarawak, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Kelantan
* 26 Mei 2014, Kolej Matrikulasi di seluruh Semenanjung.
Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman web Kementerian Pendidikan mulai esok April hingga 8 Mei depan.

Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan di talian 03-88844036/4040/4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Incoming search terms:

Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2014

ting 6

ting 6Keputusan Semakan Tingkatan 6 2014: Cara Semak Secara Online

Keputusan semakan Tingkatan 6 Secara online boleh di buat di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).  Menurut sumber keputusan semakan Tingkatan 6 2014 bagi sesi 2014/2015 dijangka akan dibuka bermula sekitar antara minggu bagi 21 April 2014 haribulan sehingga 25 April 2014

Link untuk semakan 

Keputusan Semakan Tingkatan 6 2014 : Cara Semak Secara SMS

Selain daripada anda mendapatkan keputusan semakan Tingkatan 6 sesi 2014/2015 secara online, anda boleh juga semak secara SMS. Contoh & format SMS yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut :

Taip MOE<jarak>T6<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantarkannya ke nombor 15888

Berita Semasa doakan anda berjaya dan sekiranya anda berjaya dan telah bersetuju dengan tawaran belajar di Tingkatan 6, surat tawaran Tingkatan 6 mestilah DICETAK DENGAN SEGERA dan di bawa pada hari pendaftaran kelak.

 

sumber: beritasemasa.com.my

Incoming search terms:

Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2014

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
-Warganegara Malaysia.
-Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2014.
–Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
-Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
-Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
-Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.
Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.

-Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2014.

-Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

-Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

-Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

-Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Incoming search terms: